Yahoo! Mail Kini Membolehkan Anda Turut Menguruskan Akaun GMail

Yahoo! Mail Kini Membolehkan Anda Turut Menguruskan Akaun GMail

Diterbitkan pada Dis 11, 2015 oleh .

Yahoo! Mail boleh dikatakan tidak digunaka ramai pengguna pada masa kini berbanding sedekat yang lepas. Walaubagaimanapun, masih terdapat sebahagian besar yang kekal menggunakan alamat emel Yahoo! untuk beberapa tujuan – terutamanya untuk menguruskan akaun sosial, yang mana terkenal dengan penghantaran emel yang tidak begitu penting.

Yahoo! Mail

Yahoo! sendiri pada tahun ini dilihat memperkenalkan beberapa perkara baru untuk perkhidmatan emel mereka, termasuk aplikasi yang dikemaskini, dan beberapa ciri-ciri tambahan. Terkini, hari ini, Yahoo! turut mengumumkan sokongan untuk menguruskan akaun GMail terus pada Yahoo! Mail.

Yahoo! Mail sebelum ini telah sedia menyokong pengurusan akaun pihak ketiga yang lain, termasuk Outlook, dan AOL Mail. Terkini, mereka turut menambah sokongan GMail – sekaligus membolehkan pengguna menguruskan akaun GMail terus pada aplikasi Yahoo! Mail di peranti mudah-alih, atau klien Yahoo! Mail di web.

Ia tidak diketahui lagi berapa ramai yang sanggup beralih untuk emel mereka diuruskan oleh Yahoo! Mail, tetapi perkembangan ini daripada Yahoo! merupakan salah satu yang menarik – apatah lagi dengan pelbagai perubahan yang dihadapi oleh syarikat mereka akhir-akhir ini.


TIPS & ULASAN