Pengawal Permainan Konsol Nintendo NX Mempunyai Skrin Sesentuh Sepenuhnya
Artikel Berkaitan

Pengawal Permainan Konsol Nintendo NX Mempunyai Skrin Sesentuh Sepenuhnya

Diterbitkan pada Dis 11, 2015 oleh .

Nintendo ialah nama besar di dalam dunia permainan konsol. Bagi penggemar permainan konsol tua seperti kami, konsol Nintendo adalah antara konsol awal yang membuatkan kami jatuh cinta dengan dunia permainan komputer. Namun di dalam saingan konsol generasi terkini nasib tidak menyebelahi Nintendo kerana Wii-U tidak mampu bersaing dengan PlayStation 4 dan Xbox One. Nintendo NX ialah taruhan terkini mereka bagi bersaing dengan Sony dan Microsoft. Rekaan konsol ini masih belum didedahkan dan pihak Nintendo dipetik berkata rekaannya kelak pasti akan membawakan sebuah perubahan besar.

Paten-Nintendo-NX-2

Paten untuk pengawal permainan Nintendo NX telah tertiris dan ia mempunyai rekaan yang tidak pernah dilihat pada mana-mana konsol sebelum ini. Bahagian atas pengawal adalah skrin sesentuh LCD sepenuhnya berbentuk bujur. Terdapat dua tombol analog kawalan fizikal pada sebelah kiri dan kanan pengawal manakala butang-butang bahu (shoulder buttons) terletak pada bahagian hadapan. Tiada lagi butang digital D-Pad dan empat butang kawalan (X.Y,A & B) yang sinonim dengan konsol Nintendo. Paparan skrin LCD sesentuh ini boleh digunakan untuk meletakkan butang kawalan untuk permainan tertentu. Di atas kertas kini jumlah butang kawalan untuk permainan Nintendo NX tidak akan mempunyai had. Ia juga membuka ruang untuk pemain menambah butang khas untuk makro tersendiri yang hanya perlu ditekan pada skrin sesentuh. Rekaan ini adalah evolusi kepada pengawal Wii-U yang turut mempunyai paparan LCD sesentuhnya sendiri.

Rekaan ini sememangnya unik tetapi adakah peminat permainan konsol boleh menerima pengawal yang tidak mempunyai butang kawalan digital D-Pad dan empat butang fizikal yang menjadi piawai kesemua pengawal konsol sejak berdekad lamanya. Apa yang kami lihat ialah Nintendo menyedari ramai pengguna sekarang tidak mempunyai masalah bermain menggunakan butang kapasitif  pada skrin sesentuh peranti pintar. Perubahan yang dilakukan sekadar mengikut trend di kalangan pengguna. Apakah pendapat anda pula. Sebagai orang lama kami secara ikhlas lebih selesa dengan pengawal yang mempunyai butang fizikal kerana dapat merasakan butang yang disentuh.

Paten-Nintendo-NX-3Paten-Nintendo-NX-1


TIPS & ULASAN