Cari @ Amanz

Adblock Plus merupakan salah satu pemalam popular untuk pelayar web yang membolehkan para pengguna untuk menghalang pelbagai paparan iklan yang menganggu ketika melayari web. Mereka sedia menyediakan pemalam mereka untuk Firefox, Chrome, Android, Opera, Safari dan pelbagai pelayar web yang lain.

AdblockPlus

Kini, pembangunnya juga dalam persiapan untuk memperkenalkan pemalam Adblock Plus untuk Microsoft Edge yang menawarkan pelbagai fungsi serupa – dan seperti biasa, ditawarkan secara percuma.

Pihak Adblock Plus tidak memberikan sebarang tarikh pelancarannya, dan melalui halaman rasminya, mereka mengatakan ia akan hadir tidak lama lagi. Mungkinkah kita akan melihat Adblock Plus sebagai antara pemalam terawal untuk pelayar web baru daripada Microsoft berkenaan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd