Carian
Telefon Pintar Berjenama UMNO Diperlihatkan Pada Perhimpunan Agung UMNO 2015
December 11, 2015 Aman

Umum sedia maklum yang mana pada minggu ini, Perhimpunan Agung UMNO 2015 sedang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Bersempena dengannya, beberapa produk turut diperlihatkan, dan salah satunya adalah sebuah telefon pintar dengan jenama UMNO.

Telefon UMNO

Pengeluarnya lebih kepada menyediakan perkhidmatan untuk mengubah paparan pada skrin dan juga penyertaan jenama diatas sesebuah telefon pintar, yang mana membolehkan sebarang organisasi atau badan korporat menawarkan produk berjenama mereka sebagai hadiah.

Daripada telefon pintar yang dipertontonkan, ia hadir dengan launcher khusus yang menyertakan lambang UMNO, termasuk pada bahagian wallpaper.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 5.5-inci HD IPS, ruangan storan terbina 16GB, memori 2GB RAM, cip pemprosesan empat-teras, serta dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM dan 4G LTE. Peranti ini menjalankan Android 5.0 Lollipop, serta bateri berkapasiti 2500mAh. Untuk tujuan rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Telefon pintar berjenama UMNO ini ditawarkan pada harga promosi RM888.

Komen