Lenovo VIBE S1 – Telefon Dengan Dwi-Kamera Selfie Kini Di Malaysia, Berharga RM1299

Lenovo VIBE S1 – Telefon Dengan Dwi-Kamera Selfie Kini Di Malaysia, Berharga RM1299

Diterbitkan pada Dis 11, 2015 oleh .

Lenovo pada bulan September 2015 yang lepas telah memperkenalkan sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada selfie, dan hadir dengan dwi-kamera hadapan, iaitu Lenovo Vibe S1. Kini, selang beberapa bulan, telefon pintar berkenaan telah mula ditawarkan di Malaysia.

Lenovo Vibe S1

Lenovo Vibe S1 memfokuskan kepada sokongan selfie, dimana melalui dua kamera di hadapan, ia membolehkan anda merakamkan gambar yang jelas, serta hadir dengan rakaman depth. Ia berfungsi seumpama dwi-kamera belakang pada telefon HTC sebelum-sebelum ini, dimana satu kamera memfokuskan kepada rakaman gambar, dan satu lagi digunakan untuk menganalisa kedalaman. Untuk tujuan ini, Lenovo Vibe S1 menggunakan gabungan kamera hadapan 8-megapixel dan juga 2-megapixel.

Lenovo Vibe S1

Hasil rakamannya kemudian boleh disunting dengan menambah kesan seperti “Blur“, “Bokeh”, dan beberapa yang lain.

Untuk rakaman belakang pula, Lenovo Vibe S1 menyertakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan dwi-tona Flash.

Dari segi spesifikasi, Lenovo Vibe S1 menyertakan skrin bersaiz 5.0-inci, dilengkapi cip pemprosesan MediaTek 64-bit, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 16GB.

Di Malaysia, Lenovo Vibe S1 dijual dalam pilihan warna putih dan juga biru.


TIPS & ULASAN