Microsoft Membolehkan Pengguna OneDrive Mengekalkan Storan Percuma 15GB

Microsoft Membolehkan Pengguna OneDrive Mengekalkan Storan Percuma 15GB

Diterbitkan pada Dis 12, 2015 oleh .

Microsoft tidak lama sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan melakukan perubahan pada ruangan storan – mengubah penawaran berbayar tanpa had kepada maksimum 1TB seorang pengguna, dan untuk percuma ia diubah daripada 15GB kepada 5GB sahaja.

Disebabkan oleh pengurangan ruangan storan percuma berkenaan, ramai pengguna yang mula mencari beberapa alternatif, dan turut memindahkan akaun storan awan mereka daripada OneDrive kepada perkhidmatan baru. Ini membuatkan pihak Microsoft kini hadir dengan penawaran bonus baru.

OneDrive 15GB

Kini, Microsoft menyediakan sebuah halaman khusus, membolehkan seseorang pengguna mengaktifkan akaun sedia ada mereka di OneDrive untuk dikekalkan sebagai 15GB, walaupun setelah ia diubah kepada 5GB kepada semua pengguna.

Anda hanya perlu melayari halaman khusus berkenaan, dan mengaktifkan akaun anda supaya tidak terkesan dengan perubahan saiz storan yang akan dilakukan di OneDrive.

Microsoft menyediakan penawaran bonus storan percuma ini sehingga penghujung Januari 2016 ini, dan mungkin jika anda ingin mengekalkan ruangan storan percuma anda sebagai 15GB, anda boleh mengaktifkannya di halaman bonus berkenaan.

Layari : Kekalkan 15GB Pada OneDrive


TIPS & ULASAN