Johnson & Johnson Dan Google Bekerjasama Untuk Verb Surgical – Memfokuskan Pembedahan Robotik

Johnson & Johnson Dan Google Bekerjasama Untuk Verb Surgical – Memfokuskan Pembedahan Robotik

Diterbitkan pada Dis 12, 2015 oleh .

Johnson & Johnson dan pihak Google sebelum ini telah dilaporkan akan berkerjasama untuk bahagian pembedahan robotik. Kini, selepas beberapa bulan, mereka mengumumkan nama syarikat baru hasil kerjasama mereka, iaitu Verb Surgical Inc.

Verb Surgical Inc ini terbentuk hasil kerjasama dengan Verily Life Science (sebelum ini dikenali sebagai Google Life Science) bersama-sama Ethicon (salah satu bahagian peranti perubatan dibawah Johnson & Johnson).

Melalui Verb Surgical, mereka ingin melihat kepada masa-depan pembedahan, dan bukan sekadar pembedahan robotik semata-mata. Pihak Verb Surgical turut mengatakan mereka telah mempunyai sedikit progress dalam arena robotik.

Verb Surgical ingin memfokuskan untuk menjadikan pembedahan lebih efektif, selain menjadikan hospital lebih efisyen – dan secara keseluruhan membawa hasil yang baik kepada para pesakit.

Verb Surgical dijangka akan berkongsi lanjut mengenai perkembangan mereka pada masa akan datang.

Layari : Verb Surgical


TIPS & ULASAN