Carian
Tesla Menghasilkan Kerangka iPhone Dari Bahan Kulit Terbuang
December 12, 2015 Effi Saharudin

Tesla terkenal sebagai syarikat kenderaan elektrik milik Elon Musk yang memberikan teknologi mereka secara percuma kepada yang berminat. Mereka juga menghasilkan bateri untuk rumah yang menghilangkan pergantungan pengguna kepada bahan api fosil. Kini mereka menghasilkan kerangka kulit untuk iPhone. Kerangka kulit ini dihasilkan dari saki baki kulit yang digunakan untuk menghasilkan kerusi serta kemasan dalaman kenderaan Tesla. Dari membiarkan saki baki kulit ini terbuang, Tesla mengubahnya menjadi kerangka. Ini adalah usaha Tesla untuk mengurangkan pembaziran kulit berkualiti tinggi yang mereka gunakan serta memastikan pengguna Tesla mempunyai kerangka yang sepadan dengan hiasan dalam kereta mereka. Terdapat dua versi kerangka iPhone 6S/6S Plus dihasilkan dan harga jualan bermula dari $45 sebuah.

Tesla-Casing-Iphone

 

Komen