Cari @ Amanz

Apabila menaiki pesawat, pemandangan penumpang hany terhad kepada tingkap yang kecil. Di dalam pesawat super jumbo seperti Airbus A380, terdapat pilihan melihat pandangan ke bawah menerusi kamera yang dipancarkan ke skrin peribadi setiap penumpang. Ini masih belum lagi memberikan pemandangan menyeluruh keseluruhan pesawat.

Skydeck-Konsep-1

Skydeck ialah konsep dek khas yang membenarkan dua penumpang duduk di dalam gelembung kaca yang memberikan pemandangan 360 darjah. Kerusi Skydeck boleh diputarkan mengikut kehendak penumpang dan mereka boleh menikmati pemandangan dari puluhan ribu kaki tanpa halangan. Penumpang boleh naik ke bumbung pesawat menggunakan lif khas ataupun tangga, bergantung kepada ruang yang ada di dalam pesawat. Skydeck direka supaya boleh dipasang pada mana-mana pesawat berbadan lebar tanpa sebarang proses ubah suai yang kompleks. Sekiranya Skydeck menjadi realiti adakah anda akan mencubanya?

Skydeck-Konsep-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd