Cari @ Amanz

Acara CES 2016 bukan sahaja akan menyaksikan pengenalan beberapa gajet baru, tetapi pada masa yang sama turut akan memperlihatkan beberapa kenderaan baru dipertontonkan oleh pengeluar kenderaan seluruh dunia. Dengan dunia bergerak ke arah kenderaan elektrik, beberapa pengeluar menyasarkan untuk memperlihatkan hasil konsep mereka pada awal Januari 2016 termasuk daripada Volkswagen.

Volkswagen EV CES 2016

Hari ini, pengeluar kenderaan berkenaan telah mengeluarkan teaser pertama untuk kenderaan yang bakal dipertontonkan dengan rekaan futuristik.

Pihak VW mengatakan kenderaan ini kelak akan dijana berasaskan bateri, dan menawarkan perjalanan jarak jauh pada kadar yang lebih menjimatkan kepada pengguna mereka. Gambar teaser yang dikeluarkan juga memperlihatkan rekaan jeriji yang bercahaya.

Maklumat lanjut berkaitan dengan kenderaan ini dijangka akan diumumkan pada awal Januari 2016 ini, dan selain daripada VW, beberapa syarikat kenderaan lain turut telah menyatakan akan hadir ke acara berkenaan untuk memperlihatkan inovasi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd