Cari @ Amanz

Acer nampaknya, bukan sahaja akan memperkenalkan komputer riba memfokuskan permainan mereka esok, iaitu Predator 15 dan Predator 17 – sebaliknya mereka juga turut akan memperkenalkan sejumlah produk lain dibawah keluarga Predator, termasuk desktop, monitor dan juga tablet berasaskan Android – Predator 8 Gaming Tablet.

Acer Predator 8

Acer Predator 8 Gaming Tablet hadir dengan skrin bersaiz 8-inci dan paparan HD penuh pada resolusi (1920×1200 pixel), dan dijana menggunakan cip pemproesan Intel Atom x7 2.4Ghz. Tablet ini hadir dengan kamera hadapan 2-megapixel, dan kamera belakang 5-megapixel. Tablet ini turut menyertakan memori 2GB RAM dan juga ruangan storan 32GB.

Dalam menawarkan pengalaman menggunakan media dan permainan yang menarik, Predator 8 ini turut menyertakan rekaan yang memfokuskan kepada pengemar permainan, dilengkapi sehingga 4 speaker, dan sokongan sensor yang baik.

Acer Predator 8 ini disenaraikan pada harga RM1499 pada laman jualan rasmi Acer Malaysia, dan ia bakal diumumkan secara rasminya esok. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya esok pagi secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd