Cari @ Amanz

OnePlus merupakan salah satu pengeluar peranti yang menawarkan peranti mereka pada harga sedikit murah, disamping versi Android yang hadir dengan perubahan amat minima. Terkini, dalam usaha menawarkan pengguna mereka nilai tambah, pihak OnePlus turut bekerjasama dengan AirConsole.

Airconsole OnePlus

AirConsole merupakan salah satu penyedia permainan yang membolehkan anda menghubungkan peranti ke platform mereka melalui pelayar web, dan kemudian menggunakan peranti anda untuk mengawal permainan yang dimainkan pada pelayar web yang dibuka pada komputer. Ini sekaligus menawarkan pengguna pengalaman permainan yang baik – seumpama permainan konsol.

Melalui kerjasama dengan pihak AirConsole ini, pengguna OnePlus akan menerima beberapa kandungan eksklusif untuk dimainkan terlebih dahulu sebelum pengguna lain. Pengguna peranti OnePlus boleh melayari web khusus AirConsole, dan memainkan permainan khusus termasuk Remon & Honey, Silly Run Valley dan juga Brick Wars.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd