Tarikh Kemas Kini Android Marshmallow Untuk Peranti HTC Tertiris
HTC

Tarikh Kemas Kini Android Marshmallow Untuk Peranti HTC Tertiris

Diterbitkan pada Dis 14, 2015 oleh .

September lalu HTC mengeluarkan senarai peranti-peranti yang akan menerima kemas kini Android Marshmallow. Sungguhpun begitu tarikh bilakah ia boleh diterima pengguna tidak pula diumumkan. Hari ini tarikh penerimaan kemas kini mengikut peranti tertiris. Peranti paling awal yang akan menerima kemas kini ini ialah HTC One M9 yang akan menerimanya pada bulan ini diikuti oleh One M9+ pada suku pertama 2016. Turut disertakan di dalam jadual di bawah ialah tarikh kemas kini kepada Android 6.0.1. Peranti lain yang akan menerima Marshmallow ialah  HTC One E8, HTC One M8s, Desire 816 dan Desire 526. Aneh sekali One M7 tidak akan menerima langsung kemas kini dan sokongan rasmi berakhir setakat Android 5.1.

HTC Roadmad Marshmallow


TIPS & ULASAN