Taman Tema Berkonsepkan Generator Kincir Udara Akan Dibuka Di Belanda

Taman Tema Berkonsepkan Generator Kincir Udara Akan Dibuka Di Belanda

Diterbitkan pada Dis 14, 2015 oleh .

Belanda ialah antara negara terawal yang cuba menjauhkan diri dari menjana tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil. Mereka sudahpun mempunyai laluan basikal dengan panel solar terbina, peredam bunyi lebuh raya dengan panel solar terbina dan sistem keretapi elekrtik yang menggunakan sepenuhnya kuasa kincir angin. Kini mereka akan mempunyai sebuah taman tema dengan tarikan dibina terus pada generator kincir udara yang turut membekalkan kesemua keperluan elektriknya.

Qurrent-Taman-Tema-Kincir-3

Taman Tema Qurrent ini akan mempunyai keluasan 8000 meter persegi. Antara tarikan yang akan dibina ialah roller coaster yang melingkar pada tiang kincir udara dan lungsur air yang menjunam dari bahagian atas kipas kincir udara. Kesemua ini masih lagi dalam perancangan dan ada idea yang kami yakin tidak akan melepasi piawaian keselamatan. Sebagai contoh terdapat idea meletakkan kerusi pada hujung kipas dan membenarkan penumpang berputar seperti kipas. Sekiranya taman teman seperti ini dibuka adakah anda berani untuk menaiki tarikan dengan konsep kincir angin seperti ini?

 


TIPS & ULASAN