Cari @ Amanz

Di Malaysia, terdapat pelbagai acara yang diusahakan oleh komuniti. Komuniti seperti Jomweb, Malaysian Open Source, TEDxKL bertanggungjawab dalam mengadakan acara komuniti mereka tersendiri. Salah satu lagi acara yang diusahakan komuniti adalah Barcamp, yang telah bermula sejak tahun 2008 dan Barcamp Cyberjaya akan diadakan pada 19 Disember ini.

full-logoBerbeza dengan acara komuniti yang lain, acara Barcamp tidak mempunyai aturcara tertentu, dimana hadirin boleh mencadangkan topik yang ingin dikongsikan oleh mereka dan akan diundi oleh peserta lain. Topik dengan undian yang banyak akan disenaraikan mengikut tema. Untuk Barcamp Cyberjaya, mereka menyasarkan sehingga lima tema, iaitu teknologi, keusahawanan, pendidikan dan dua tema lagi adalah berdasarkan topik yang dicadangkan oleh hadirin. Setiap topik adalah terhad kepada tempoh 45 minit. Hadirin juga boleh hadir dalam pelbagai latarbelakang, kerana Barcamp menggalakkan perkongsian ilmu dan perbincangan ilmiah secara terbuka.

Acara Barcamp yang diadakan pada 19 Disember ini bertempat di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Bagi anda yang ingin hadir ke acara ini, anda juga boleh menggunakan kupon ‘BARCAMPCYBER15’ bagi mendapatkan diskaun RM5 menggunakan MyTeksi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd