Paten Difailkan Bagi Mengubah Pesawat Biasa Menjadi Pesawat Dua Tingkat Seperti Airbus A380

Paten Difailkan Bagi Mengubah Pesawat Biasa Menjadi Pesawat Dua Tingkat Seperti Airbus A380

Diterbitkan pada Dis 14, 2015 oleh .

Airbus A380 ialah pesawat penumpang gergasi yang boleh membawa sehingga 853 orang penumpang. Ini mampu dilakukan kerana ia mempunyai dek setinggi dua tingkat yang dari hadapan hinggalah ke hujung pesawat. Kerasa saiznya yang besar ada syarikat penerbangan yang menyertakan bilik mandi dan bilik peribadi di dalam pesawat ini untuk penumpang kelas pertama. Sebuah paten yang difailkan oleh Zodiac Aerospace cuba memberikan kemampuan dek dua tingkat kepada pesawat yang sedia.

Zodiac-Aerospace-Patent-3

Melalui paten ini dek kargo di bahagian perut pesawat satu tingkat seperti Boeing 737 dan Airbus A320 akan diubah suai menjadi kabin tambahan. Lebih banyak penumpang boleh diisi dan terdapat tempat simpanan seperti almari sekolah untuk meletakkan bagasi. Dek bawah ini juga hanya mempunyai paparan LED bagi menggantikan tingkap. Penumpang dek bawah masih boleh melihat pemandangan luar pesawat tanpa memerlukan tingkap. Zodiad Aerospace juga mempatenkan sistem mesin layan diri di dalam pesawat ini. Secara ringkasnya paten ini mensasarkan syarikat penerbangan murah yang mahu memaksimakan jumlah penumpang tanpa perlu menggunakan pesawat lebih besar. Pada waktu yang sama mesin layan diri membuatkan mereka tidak perlu melatih pramugari untuk melayan penumpang.

Zodiac-Aerospace-Patent-2 Zodiac-Aerospace-Patent-1


TIPS & ULASAN