Acer Melancarkan Keluarga Predator – Termasuk Monitor, Desktop, Komputer Riba Dan Tablet

Acer Melancarkan Keluarga Predator – Termasuk Monitor, Desktop, Komputer Riba Dan Tablet

Diterbitkan pada Dis 14, 2015 oleh .

Acer Malaysia, hari ini telah melancarkan keluarga peranti terbaru mereka dibawah keluarga permainan, iaitu Predator. Acer sebelum ini pernah hadir dengan peranti memfokuskan permainan mereka, namun berhenti seketika sebelum kini melancarkan kembali keluarga Predator.

Acer Predator Malaysia

Dibawah keluarga Predator, Acer menawarkan sejumlah produk yang hadir dengan fungsi khusus untuk pengoptimasian berkuasa – yang mana lebih khusus untuk permainan. Namun, fungsi serupa juga turut boleh digunakan pengguna untuk tujuan membuat tugasan multimedia seperti membuat penyuntingan video mahupun gambar.

Komputer Riba – Acer Predator 15 dan 17

Acer Predator 15 dan 17

Acer Predator 15 dan juga 17 merupakan komputer riba memfokuskan permainan daripada Acer, hadir dalam pilihan saiz 15-inci dan juga 17-inci. Kedua-duanya menggunakan cip Intel Core i7 dan dilengkapi sistem operasi Windows 10. Acer Predator 15 versi asas hadir dengan skrin bersaiz 15.6-inci, memori 16GB DDR4 RAM, dan ruangan stora 128GB SSD serta 1TB HDD. Untuk tujuan grafik, ia menggunakan NVIDIA GeForce GTX 970M 3GB GDDR5 VRAM, serta sokongan audio Dolby Audio Premium.

Acer juga turut melengkapkan ia dengan sokongan penyejukan terbina, dan boleh turut menggunakan Predator FrostCore yang membolehkan pengguna menyejukan lagi komputer riba mereka dan menukarnya bila diperlukan. Untuk akses internet yang pantas pula ia menyertakan sokongan Killer DoubleShot yang membolehkan pengguna menikmati permainan tanpa sebarang lengah-masa. Acer juga turut menyertakan teknologi yang dinamakan sebagai Predator SoundPound – dimana hadir dengan empat speaker terbina, dan juga dua subwoofer.

Acer Predator 15 dijual pada harga bermula RM6999, dan Acer Predator 17 pula bermula pada harga RM7999.

Tablet – Acer Predator 8

Acer Predator 8

Acer Predator 8 pula merupakan tablet berasaskan Android daripada Acer, dan ditujukan khusus untuk permainan. Tablet ini menggunakan cip pemprosesan Intel Atom x7, dan hadir dengan memori 2GB RAM, serta sokongan Intel HD Graphics. Tablet ini membawakan rekaan yang mengkhususkan permainan dan juga selesa untuk dipegang pada tangan. Tablet ini menyertakan empat speaker hadapan untuk menawarkan pengalaman audio yang baik, disamping sokongan Predator TacSense yang menawarkan tactile yang baik untuk pengguna ketika memainkan permainan.

Tablet bersaiz 8-inci ini dijual pada harga RM1499.

Desktop – Acer Predator G6 dan G3

Acer Predator Desktop

Selain daripada tablet dan komputer riba, Acer turut memperkenalkan desktop dibawah keluarga Predator mereak, iaitu Acer Predator G6 dan juga G3. Buat masa ini, Acer Malaysia hanya menawarkan Acer Predator G6 sahaja yang berharga RM8999, sementara Acer Predator G3 pula akan ditawarkan pada awal tahun 2016 kelak.

Acer Predator G6 menyertakan cip pemprosesan Intel Core i7-6700K, memori 16GB DDR4, kad grafik NVIDIA GeForce GTX970 4GB DDR5, ruangan storan gabungan 128GB SSD dan 2TB SATA HDD.

Monitor – Predator Z35, Predator X34, dan Predator XB1

Acer Predator Desktopa

Melengkapkan pengenalan produk Acer hari ini adalah monitor mereka, yang mana hadir dalam variasi saiz daripada 27-inci sehingga 35-inci. Monitor baru Predator ini hadir dengan sokongan GameView yang membolehkan anda mengubah paparan mengikut tetapan yang dikehendaki anda dan memudahkan anda memainkan sesuatu permainan.

Predator Z35 adalah monitor bersaiz 35-inci 21:9 UltraWide dengan resolusi 2560×1080 pixel, dan menawarkan rekaan yang melengkung. Ia juga turut dilengkapi dengan sokongan teknologi NVIDIA G-Sync, dan menawarkan kebolehan overclock sehingga 200Hz. Predator Z35 ini dijual pada harga RM3999.

Acer Predator XB1 pula merupakan monitor yang hadir dalam pilihan 27-inci dan juga 28-inci, dan turut menyertakan sokongan NVIDIA G-Sync. Versi 27-inci hadir dengan paparan WQHD (2560×1440), sementara versi 28-inci pula hadir dengan paparan 4K. Kedua-duanya hadir dengan sokongan speaker terbina. Acer XB1 27-inci hadir dengan rekaan zero-frame design dan dijual pada harga RM3299, sementara Acer Predator XB1 28-inci dengan paparan 4K dijual pada harga RM2599.

Acer Predator X34 pula merupakan monitor 34-inci IPS 21:9 dengan paparan QHD, dan turut menawarkan rekaan melengkung. Acer mengatakan ia merupakan komputer riba pertama yang hadir dengan rekaan melengkung dan dilengkapi sokongan NVIDIA G-Sync. Monitor ini hadir dengan sokongan overclock sehingga 100Hz. Acer Predator X24 ini dijual pada harga RM4599.


Kesemua produk ini telah mula dijual di pengedar rasmi Acer Malaysia seluruh negara. Pengguna juga turut boleh membuat pembelian melalui laman jualan rasmi Acer Malaysia.


TIPS & ULASAN