Cari @ Amanz

Samsung tidak lama sebelum ini telah memperkenalkan siri Galaxy A untuk tahun 2016, namun, Galaxy A9 tidak diumumkan oleh pengeluar peranti terkemuka tersebut ketika itu. Kini, info berkaitan dengannya tertiris, dan dikatakan Samsung mungkin mengumumkannya sekitar CES 2016 kelak.

Samsung Galaxy A9 dilihat akan membawa skrin bersaiz besar, iaitu 6-inci, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu phablet daripada Samsung dengan spesifikasi pertengahan. Menjana peranti ini adalah cip Snapdragon 620 dan juga memori 3GB RAM.

Samsung Galaxy A9

Telefon pintar ini turut dikatakan akan dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Menariknya adalah pada bahagian kapasiti bateri, dimana Galaxy A9 dijangka akan menawarkan bateri 4000mAh. Spesifikasi tertiris turut memperlihatkan sokongan storan 32GB yang boleh diperluaskan.

Sokongan pengimbas cap jari turut tidak dilupakan Samsung, apatah lagi dengan usaha mereka untuk memperluaskan penggunaan dan sokongan Samsung Pay.

Samsung dijangka memasarkannya di China terlebih dahulu – seperti siri Galaxy A 2016, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai harganya dan tarikh jualan pada awal 2016 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd