Facebook sebelum ini telah memperkenalkan sokongan paparan komen pada sesuatu status tanpa perlu mengemaskini sesuatu halaman, dan kini mereka sekali lagi dilihat sedang menguji sesuatu yang baru pada perkhidmatan sosial mereka, iaitu paparan mesej ketika sesuatu komen sedang ditaip oleh rakan-rakan anda.
Seperti ramai sedia maklum, fungsi seumpamanya bukan sesuatu baru – malah telah diintegrasikan didalam kebanyakkan perkhidmatan permesejan pada hari ini. Tetapi ia agak menarik – dan pada masa yang sama mungkin menakutkan untuk melihat rakan-rakan anda yang sedang menaip untuk menulis komen pada perkongsian status anda.
Facebook sendiri mengesahkan ujian ini, dan mereka mengatakan sedang mencuba sesuatu dalam membolehkan pengguna berinteraksi dalam masa-nyata bersama-sama rakan-rakan dan juga ahli keluarga mereka.
Bagi anda, apa kata anda mengenai ujian baru daripada Facebook ini? Adakah paparan mesej seumpamanya akan membuatkan anda menangguhkan proses anda sedang menaip komen, atau ia akan memberi kesan secara tidak langsung untuk proses interaksi anda?