Samsung Menghasilkan Piano Yang Diperbuat Sepenuhnya Menggunakan Tablet

Samsung Menghasilkan Piano Yang Diperbuat Sepenuhnya Menggunakan Tablet

Diterbitkan pada Dis 15, 2015 oleh .

Samsung ialah syarikat gergasi yang mempunyai pegangan di dalam pelbagai industri. Selain menghasilkan peranti pintar mereka turut menghasilkan kamera,kereta kebal dan juga kapal kontena gergasi. Kini mereka menghasilkan alat muzik pula. Bagi mempromosikan penjualan Samsung Galaxy Tab S2 di United Kingdom, sebuah piano dihasilkan sepenuhnya menggunakan tablet ini. Piano ini boleh dimainkan dan sekiranya anda di London, anda boleh melihatnya sendiri di Spitalfields Market. Tablet Tab S2 ialah antara tablet terbaik di pasaran sekarang. Anda boleh membaca ulasan yang kami tulis mengenai Galaxy Tab S2 versi 8″ yang kami tulis awal tahun ini disini.

TAB S2 Piano UK 1


TIPS & ULASAN