Demam Star Wars? Facebook Membolehkan Anda Meletakkan Pedang Lightsaber Pada Gambar Profil

Demam Star Wars? Facebook Membolehkan Anda Meletakkan Pedang Lightsaber Pada Gambar Profil

Diterbitkan pada Dis 15, 2015 oleh .

Fungsi mengubah gambar profil bagi menyokong kempen tertentu sudah diperkenalkan oleh Facebook sejak beberapa bulan yang lalu. Sebelum ini anda boleh menunjukkan sokongan terhadap hak asasi LBGT dengan meletakkan bendera pelangi pada gambar profil. Fungsi meletakkan bendera Perancis turut diperlihatkan pasca serangan pengganas di Paris bulan lalu. Kini tiba giliran menunjukkan sokongan kepada Sith ataupun Jedi sempena tayangan filem Star Wars The Force Awaken.

Star-Wars-Light-Saber-2

Sekiranya anda mahu menyokong pihak Jedi, sebuah Lightsaber bewarna biru akan muncul pada gambar profil. Lighsaber bermata tiga Kylo Ren pula boleh diletakkan sekiranya anda menyokong pihak Sith. Gambar profil ini akan berubah secara gambar profil lama dalam masa sejam, sehari, seminggu atau kekal selama-lamanya mengikut kehendak pengguna. Sekiranya anda mahu menunjukkan anda salah seorang peminat filem Star Wars di Facebook, sila pergi ke pautan di bawah untuk melakukannya sekarang.

Ubah gambar profil Facebook sempena filem Star Wars The Force Awakens


TIPS & ULASAN