Remaja Eropah Bawah 16 Tahun Mungkin Diharamkan Dari Media Sosial

Remaja Eropah Bawah 16 Tahun Mungkin Diharamkan Dari Media Sosial

Diterbitkan pada Dis 15, 2015 oleh .

Sebuah undang-undang baru akan dipinda di Eropah bagi mengalang remaja bawah umur 16 tahun dari mempunyai akaun media sosial tanpa persetujuan ibu-bapa ataupun penjaga. Undang-undang Peraturan Perlindungan Data Eropah sebelum ini menghadkan penggunaan media sosial kepada remaja di bawah umur 13 tahun. Pindaan dilakukan bagi memberikan kuasa kepada ibu bapa untuk mengawal gerak geri remaja di bawah jagaan mereka. Ini sekaligus mengelakkan mereka dari menjadi mangsa penjenayah seks dan buli atas talian.

bendera-flag-EU-Eropah

Pindaan ini mendapat tentangan pelbagai pihak atas beberapa faktor. Pertama sekali ia dianggap undang-undang yang menyekat kebebasan suara remaja yang menggunakan media sosial sebagai platform meluahkan pendapat mereka. Kedua remaja yang tidak mempunyai ibu bapa ataupun penjaga akan serta merta bersalah mempunyai akaun media sosial di mata undang-undang. Apakah pendapat pembaca Amanz? Adakah undang-undang pengharaman penggunaan media sosial kepada remaja tanpa persetujuan ibu bapa ini langkah yang baik. Sebagai seorang bekas remaja kami merasakan undang-undang sebegini mempunyai pro dan kontranya sendiri. Sebagai seorang bapa kami mahu menghadkan apa yang boleh diakses oleh anak. Namun pada masa yang sama kami percaya undang-udang sebegini amat sukar untuk dikuatkuasakan dan menghalang akses hanya akan membuatkan remaja lebih kreatif untuk mencari jalan belakang.

 


TIPS & ULASAN