Carian
Bank Simpanan Nasional Melancarkan Mesin Juruwang Maya – Perbankan Tanpa Ke Kaunter Bank
December 15, 2015 Aman

Bank Simpanan Nasional hari ini secara rasminya telah melancarkan penawaran dan perkhidmatan terbaru mereka, iaitu mesin juruwang maya. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna membuat pelbagai transaski perbankan tanpa perlu ke kaunter seperti kebiasaan – sekaligus menjadikan proses perbankan lebih efisyen.

Melalui mesin juruwang maya ini, pengguna boleh berinteraksi dengan juruwang di Bank Simpanan Nasional secara maya, dan membuat pelbagai transaski, termasuk deposit duit, membuat pengeluaran duit, membuat perubahan pada kad debit, serta beberapa transaksi yang lain. Pengguna akan dihubungkan melalui perbualan secara audio atau video, dan membolehkan mereka melaksanakan tugasan perbankan dengan pantas.

BSN Juruwang Maya

Untuk pihak Bank Simpanan Nasional pula, ia membolehkan mereka beroperasi dengan lebih efisyen, selain tidak menggunakan ruangan yang besar berbanding kebiasaan. Perkhidmatan mesin juruwang maya juga turut menawarkan kebolehan untuk pengguna membuat urusan perbankan luar waktu pejabat.

Perkhidmatan perbankan maya ini boleh dilakukan di lebih 31 cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara, dan lebih kurang 93 mesin juruwang maya tersedia buat masa ini. BSN mengatakan seramai 450 juruwang bertugas untuk mengoperasi mesin juruwang maya ini.

Komen