Microsoft Lumia 950 & 950XL Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM2699

Microsoft Lumia 950 & 950XL Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM2699

Diterbitkan pada Dis 15, 2015 oleh .

Penanti peranti Windows 10 Mobile di Malaysia berakhir hari ini dengan pelancaran secara rasmi Microsoft Lumia 950 dan 950 XL di Malaysia. Kedua-dua peranti ini menggunakan sistem operasi mobil terkini Microsoft dengan sokongan Continuum. Kita mulakan dengan Lumia 950 terlebih dahulu. Peranti berskrin 5.2″ WQHD ini diperkasakan pemproses Snapdragon 808, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte (sokongan MikroSD sehingga 200 Gigabyte). Kemampuan optik pula ialah kamera belakang sebesar 20 Megapixel PureView OIS manakala kamera hadapan sebesar 5 Megapixel. Bateri sebesar 3000 mAh melengkapi spesifikasi peranti ini.

Lumia 950 Malayia20151215_142551

Sementara itu Lumia 950XL ialah phablet dengan skrin 5.7″ WQHD, pemproses Snapdragon 810, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte (sokongan MikroSD sehingga 200 Gigabyte). Kemampuan optik ialah kamera belakang 20 Megapixel PureView OIS dan kamera hadapan pula sebesar 5 Megapixel. Bateri lebih besar iaitu 3340 mAh digunakan. Di Malaysia harga jualan Lumia 950 ialah RM 2699 manakala untuk Lumia 950XL pula ialah RM 2999. Kedua-dua peranti akan mula dijual bermula 18 Disember ini. Microsoft mengesahkan 100 pelanggan yang melakukan pra-tempahan dua peranti ini melalui Lazada akan menerima dok Continuum berharga RM 349 secara percuma. Turut diumumkan ialah kerjasama mereka dengan Digi. Lumia 950 boleh dimiliki secara percuma melalui Digi dengan kontrak Digi Smart Plan 238 selama 24 bulan. Lumia 950 XL pula boleh dimiliki pada harga hanya RM 330 melalui kontrak yang sama.

Lumia 950 Malayia20151215_143628

 


TIPS & ULASAN