Carian
Lumia 550 Akan Hadir Tidak Lama Lagi – Ditujukan Untuk Pelanggan Perusahaan
December 15, 2015 Aman

Microsoft Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar Lumia 950 dan juga Lumia 950 XL. Bersama-sama dengan pengumuman ini, pihak Microsoft turut mengatakan Lumia 550 akan hadir kelak pada bulan ini, dan ia turut akan ditawarkan bersama-sama pakej Digi.

Harga jualan untuk Lumia 550 masih tidak dikongsikan oleh pihak Microsoft. Namun, ramai menjangkakan ia akan dibawah RM500.

Lumia 550

Lumia 550 bersaiz 4.70-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 210 1.2Ghz, dan kamera belakang 5-megapixel. Telefon pintar ini membawakan spesifikasi yang rendah, tetapi hadir dilengkapi sistem operasi Windows 10.

Walaubagaimanapun, tidak semua fungsi pada Windows 10 yang akan disertakan pada peranti ini – dan pihak Microsoft lebih kepada memperlihatkan yang mana Windows 10 boleh berjalan pada peranti berspesifikasi rendah.

Pihak Digi mengatakan pengguna boleh mendapatkan Lumia 550 secara percuma dengan pakej Digi Smartplan 98 mereka.

Komen