Untuk para pelajar, salah satu perkara yang amat diminati adalah penjimatan. Untuk memudahkan perkara tersebut, kini salah satu aplikasi khusus yang menyasarkan para pelajar telah pun diperkenalkan, dinamakan sebagai AisKosong.
AisKosong merupakan salah satu aplikasi diskaun untuk pelajar, dimana ia menyenaraikan kedai-kedai berdekatan dengan mereka (di Lembah Klang) yang menawarkan diskaun untuk pembelian. Ini memudahkan pelajar jika ingin ke sesuatu lokasi – dan pada masa yang sama mengenal-pasti kedai yang menawarkan diskaun untuk mereka.
AisKosong buat masa ini menyenaraikan lebih daripada 60 lokasi yang menawarkan diskaun, dan akan ditambah dari hari ke hari.
Setiap kedai dikategorikan mengikut tempat makan, meluangkan masa dan sebagainya, memudahkan para pelajar untuk membuat keputusan. Ia juga turut memaparkan apakah kriteria yang diperlukan untuk menikmati diskaun berkenaan – seperti perlu membawa kad pelajar dan sebagainya.
Terus melalui aplikasi sama juga, para pelajar boleh mengaktifkan navigasi untuk sesuatu lokasi, atau turut mencari info tambahan berkenaan dengan kedai tersebut dengan melayari web mereka.
Bagi para pelajar yang berminat, anda boleh memuat-turun AisKosong hari ini, dan menjadikannya sebagai pusat rujukan untuk mengetahui kedai-kedai yang menawarkan diskaun pelajar di Lembah Klang.
- Muat Turun
- Muat-Turun AisKosong untuk Android
- Muat Turun
- Muat-Turun AisKosong untuk iPhone