Amerika Syarikat Ingin Menyemak Perkongsian Media Sosial Untuk Beberapa Permohonan Visa

Amerika Syarikat Ingin Menyemak Perkongsian Media Sosial Untuk Beberapa Permohonan Visa

Diterbitkan pada Dis 15, 2015 oleh .

Sekiranya pengguna dari beberapa negara, termasuk Malaysia ingin ke Amerika Syarikat, mereka perlu membuat pemohonan visa terlebih dahulu kepada kerajaan Amerika Syarikat, dan hanya boleh ke sana selepas ia disahkan. Kini, proses berkenaan mungkin akan melalui beberapa proses tambahan untuk beberapa individu.

VisaMengikut laporan WSJ, Amerika Syarikat dikatakan sedang mengkaji kaedah untuk membuat semakan kepada perkongsian media sosial seseorang sebelum mengesahkan permohonan visa mereka.

Bagaimanakah proses tersebut akan dilakukan dirahsiakan oleh pihak Amerika Syarikat supaya ia tidak disalah gunakan orang ramai. Ia juga tidak diketahui lagi apakah kriteria yang akan membuatkan seseorang akan tertakluk dibawah proses ini.

Laporan ini hadir selepas peristiwa tembakan yang berlaku di San Bernardino, California, dimana 14 orang terbunuh ketika pertemuan untuk musim percutian hujung tahun ini.

Bercakap mengenai visa juga, kerajaan Malaysia merancang memperluaskan penggunaan permohonan visa secara atas-talian dan e-visa tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN