Spotify Membolehkan Anda Ketahui Watak Star Wars, Berdasarkan Lagu Yang Anda Dengar

Spotify Membolehkan Anda Ketahui Watak Star Wars, Berdasarkan Lagu Yang Anda Dengar

Diterbitkan pada Dis 15, 2015 oleh .

Dengan filem Star Wars yang bakal mula ditayangkan bermula minggu ini, pelbagai syarikat menggunakan penjenamaan Star Wars pada perkhidmatan mereka, termasuk Facebook dan Google. Kini, Spotify turut tidak ingin ketinggalan, dan memperkenalkan sebuah laman khusus dinamakan Spotify My Star Wars Match.

Spotify Star Wars

Melalui laman khusus berkenaan, Spotify akan mengimbas lagu-lagu yang anda dengar pada perkhidmatan mereka, dan memilih watak yang bersesuaian dengan apa yang anda dengar.

Seterusnya, selain memperlihatkan watak anda, Spotify juga turut akan menyediakan sebuah senarai lagu khusus yang bertemakan dengannya untuk anda dengar – jika anda inginkannya.

Layari : Spotify – My Star Wars Match


TIPS & ULASAN