Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Teknologi Skrin Baru Yang Lebih Jimat Tenaga

Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Teknologi Skrin Baru Yang Lebih Jimat Tenaga

Diterbitkan pada Dis 16, 2015 oleh .

Pada peranti pintar hari ini, salah satu komponen utama adalah skrinnya – dan boleh dikatakan sejumlah besar tenaga bateri digunakan untuk menguasakannya. Kebanyakkan pembangun dan pengeluar peranti sering bergantung kepada pengeluar skrin seperti Sharp, Samsung dan sebagainya untuk komponen skrin mereka – termasuk pihak Apple.

Apple iPhone 6S

Terkini, menurut laporan baru, ia dikatakan Apple sedang mengusahakan untuk membangunkan teknologi skrin dan paparan mereka tersendiri. Perkara ini sekaligus mengurangkan kebergantungan mereka kepada pihak ketiga.

Apple seperti ramai sedia maklum, merekabentuk dan membangunkan cip pemprosesan mereka tersendiri – sebelum memberikan kontrak kepada pengeluar untuk mengeluarkannya sahaja. Mungkin perkara sama turut dilakukan untuk skrin peranti mereka – sekaligus membolehkan mereka hadir dengan rekaan skrin yang lebih dioptimasikan untuk sistem mereka.

Menurut Bloomberg, Apple sedang membangunkan skrin yang lebih nipis, ringan, jelas dan juga menggunakan tenaga dengan lebih efisyen.

Memandangkan perkara ini masih lagi baru, maka mungkin kita akan melihat ia mengambil sedikit masa sebelum perubahan hadir pada peranti Apple yang akan datang.


TIPS & ULASAN