HTC Malaysia Mula Mempromosi One A9 – Akan Datang Tidak Lama Lagi?
HTC

HTC Malaysia Mula Mempromosi One A9 – Akan Datang Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Dis 16, 2015 oleh .

HTC One A9 telah diperkenalkan tidak lama sebelum ini, dan kini pihak HTC Malaysia telah mula bercakap mengenainya pada laman sosial mereka, sekaligus memberikan petanda ia bakal di lancarkan dan ditawarkan kepada pengguna tempatan tidak lama lagi.

HTC One A9 merupakan telefon pintar terbaru daripada HTC, yang mana hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Ia turut dilengkapi antaramuka HTC Sense, dan pihak HTC menjanjikan bakal menawarkan kemaskini semasa yang sangat pantas untuk peranti ini.

HTC One A9

Dari segi spesifikasi, HTC One A9 hadir dengan skrin 5.0-inci AMOLED, cip pemprosesan Snapdragon 617, memori dan storan dalam variasi 2GB RAM/16GB atau 3GB RAM/32GB, dan turut dilengkapi dengan sokongan kad mikro-SD. Peranti ini menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan OIS, dan turut menyokong rakaman gambar dalam bentuk RAW.

HTC Malaysia baru sekadar berkongsi gambar-gambar berkaitan One A9 di laman sosial mereka, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai pelancarannya tidak lama lagi. HTC One A( dijual di Amerika Syarikat pada harga bermula sekitar ~RM1715.


TIPS & ULASAN