Google Malaysia Mengeluarkan Senarai Carian Popular Sepanjang 2015

Google Malaysia Mengeluarkan Senarai Carian Popular Sepanjang 2015

Diterbitkan pada Dis 16, 2015 oleh .

Google Malaysia hari ini telah mengeluarkan data carian tahunan mereka, memperlihatkan apakah carian dan kata kunci popular yang dilakukan orang ramai pada perkhidmatan enjin carian mereka sepanjang tahun 2015 ini.

Google 2015

Bercakap mengenai carian keseluruhan, kata kunci HRIMS 2 adalah yang paling popular, diikuti dengan BRIM 2015, How-Old.net, Maharaja Lawak Mega dan juga Fast & Furious 7.

Dari segi carian untuk peranti mudah-alih pula, ia didominasi oleh iPhone 6s, diikuti dengan Samsung Galaxy S6, Samsung Note 5, Asus Zenfone 2, dan juga Asus Zenfone 5.

Untuk permainan pula, paling popular adalah Agar.io, diikuti dengan Clash of Clans, Fallout 4, Pokemon Go, dan juga FIFA 16.

Secara keseluruhan, pengguna tempatan dilihat memfokuskan kepada pelbagai trend semasa yang memberikan kesan kepada tugasan harian mereka, selain mengikuti pelbagai berita dan pengumuman global.

Anda yang berminat, boleh melayari laman Google 2015 untuk melihat pelbagai trend semasa dan apa yang dicari oleh orang ramai mengikut pelbagai kategori sepanjang tahun 2015 ini.

Layari : Google 2015


TIPS & ULASAN