Firefox 64-bit Kini Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows

Firefox 64-bit Kini Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows

Diterbitkan pada Dis 16, 2015 oleh .

Mozilla telah mengambil masa yang agak lama untuk memperkenalkan kembali pelayar web Firefox mereka dengan sokongan 64-bit. Hari ini, mereka secara rasminya memperkenalkan Firefox 64-bit untuk pengguna Windows – sekaligus menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan untuk pengguna sistem 64-bit.

Dengan menawarkan pelayar web yang dioptimasikan untuk sistem 64-bit, kini pengguna dapat menggunakan prestasi penuh komputer mereka ketika melayari web, selain turut menawarkan beberapa sokongan sekuriti tambahan.

Walaubagaimanapun, pihak Mozilla turut menekankan yang mana mungkin beberapa pemalam tidak berfungsi sepenuhnya pada versi 64-bit mereka – memandangkan terdapat sesetengah yang dibangunkan khusus untuk 32-bit sahaja.

Apa pun, perkembangan ini merupakan salah satu perkara yang menarik, dan bagi anda yang menggunakan Windows 64-bit, boleh memuat-turun dan menggunakan Firefox 64-bit hari ini.

Muat-Turun Mozilla Firefox 64-bit


TIPS & ULASAN