Cari @ Amanz

Pemalam Force Block Untuk Chrome – Menghalang Semua Plot Filem Star Wars : The Force Awakens Di Web

Oleh Aman

Link Copied!

Bermula daripada hari ini, filem Star Wars : The Force Awakens akan mula ditayangkan. Ramai peminat filem berkenaan yang menantikannya sekian lama – apatah lagi dengan pelbagai promosi filem berkenaan yang dilakukan – termasuk daripada Facebook, Google, Spotify, dan sebagainya.

Pelbagai promosi yang tinggi ini juga akan turut membawa kepada pelbagai ketirisan plot filem berkenaan ke arena web, sekaligus membuatkan anda yang masih belum menontonnya “sakit hati”.

Bagi anda yang tidak ingin melihat sebarang plot filem berkenaan pada web, kini sebuah pemalam Chrome hadir, dipanggil sebagai “Force Block”.

Force Stop

Melalui pemalam ini, ia akan mengimbas web yang dilayari anda sama ada mempunyai sebarang perkataan Star Wars : The Force Awakens, atau Star Wars, dan menghalang paparan web berkenaan. Ia akan menggantikan paparan dengan kata-kata dari filem Star Wars lain, sekaligus mengelak anda membaca web berkenaan. Seperti biasa, anda masih boleh memadamkannya dan meneruskan pelayaran web anda seperti biasa.

Bagi anda yang ingin mengelak daripada terbaca sebarang plot filem berkaitan Star Wars, mungkin anda boleh memasang pemalam ini pada pelayar web Chrome anda.


Komen ()