Carian
Ford GT Akan Menggunakan Gorilla Glass Sebagai Cermin Kenderaan
December 17, 2015 Aman

Gorilla Glass merupakan salah satu teknologi kaca yang digunakan pada kebanyakkan peranti mudah-alih hari ini. Kini, pihak Corning turut membawa kaca mereka ke arena automotif dengan bekerjasama dengan pihak Ford.

Ford GT 2016

Melalui kerjasama ini, ia membolehkan kaca Gorilla Glass digunakan pada cermin kereta Ford GT kelak. Cermin ini dikatakan lebih tahan lasak, serta kalis calar, dan pada masa yang sama menawarkan rekaan yang 30% lebih ringan berbanding kaca tradisional.

Kaca cermin kenderaan ini dibangunkan bersama oleh pihak Ford dan Corning. Melaluinya, ia dijangka akan menawarkan penggunaan minyak yang lebih efisyen (kerana lebih ringan), selain mengurangkan risiko cermin rosak atau pecah.

Daripada demonstrasi yang diperlihatkan menggunakan kaca ini, ia dilihat mampu bertahan hentakan pada kelajuan tinggi, dan tidak memberikan kesan terhadap cermin kereta berkenaan. Ini memperlihatkan kesesuaian penggunaannya pada kenderaan yang membolehkan pemandu tidak terkesan dengan objek yang hadir tiba-tiba di jalan-raya, dan tidak merosakkan cermin kenderaan anda.

Kaca Gorilla Glass ini akan digunakan pada kenderaan Ford GT sahaja buat masa ini, dan tidak mustahil ia diintegrasikan pada pelbagai kenderaan Ford lain pada masa akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=68QnLr6LevU

Komen