Facebook merupakan laman sosial paling popular di dunia, dan sering digunakan ramai dalam berkongsi pelbagai perkara menarik yang berlaku disekitar mereka. Seperti tahun-tahun sebelum ini, hari ini Facebook turut telah memperkenalkan Year In Review.
Melalui Facebook Year In Review, ia memperlihatkan perkongsian melibatkan anda yang popular sepanjang sesuatu tahun – iaitu sepanjang tahun 2015 ini.
Pengguna boleh melihat apakah detik-detik menarik mereka sepanjang tahun 2015 ini, seterusnya memilih untuk berkongsi perkara tersebut kepada rakan-rakan lain di Facebook – atau menyuntingnya sebelum berkongsi kepada rakan-rakan anda.
Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman Facebook Year In Review hari ini, dan mengimbas kembali pelbagai perkara yang berlaku sekitar anda pada tahun 2015 ini.
- Info
- Layari : Facebook Year In Review