Pembangun Flappy Bird Memperkenalkan Permainan Baru – Swing Copters 2

Pembangun Flappy Bird Memperkenalkan Permainan Baru – Swing Copters 2

Diterbitkan pada Dis 17, 2015 oleh .

dotGEARS merupakan salah satu penerbit permainan mudah-alih popular yang telah mencipta nama mereka dengan pengenalan permainan Flappy Birds. Sejak daripada itu, mereka telah hadir dengan beberapa permainan baru, termasuk salah satunya adalah Swing Copters.

Terkini, mereka turut hadir dengan kemaskini untuk permainan Swing Copters berkenaan, dimana mereka melancarkan Swing Copters 2.

Swing Copters 2

Ia masih mengekalkan corak permainan yang sama – dimana pengguna perlu mengawal watak mereka yang terbang ke kiri dan ke kanan – serta mengekalkan corak permainan yang “menyakitkan hati”.

Beberapa perubahan dan penambahan yang turut disertakan adalah kebolehan memilih watak Swing Copters mereka, dan turut menyokong pembelian dalam aplikasi yang membolehkan pengguna membeli watak baru, dan turut membuang paparan iklan dalam permainan berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Android dan iPhone, anda boleh memuat-turun permainan ini hari ini dan mencabar keupayaan anda mengawal watak Swing Copters.

Muat-Turun Swing Copters 2 untuk Android

Muat-Turun Swing Copters 2 untuk iPhone


TIPS & ULASAN