Microsoft Kini Membolehkan Anda Menggunakan Butang Pada Surface Pen Bersama-sama sebarang Aplikasi

Microsoft Kini Membolehkan Anda Menggunakan Butang Pada Surface Pen Bersama-sama sebarang Aplikasi

Diterbitkan pada Dis 17, 2015 oleh .

Microsoft telah melancarkan Surface Pro 4 di Malaysia tidak lama sebelum ini, yang mana turut hadir dengan sokongan Surface Pen. Menggunakan Surface Pen, Microsoft telah memudahkan pengguna untuk mengakses aplikasi OneNote dengan mudah – dimana perlu hanya klik pada butang Surface Pen sahaja.

Surface Pen

Kini, Microsoft mengubah perkara tersebut, dan membawakan kebolehan untuk pengguna mengakses sebarang aplikasi menggunakan butang pada Surface Pen mereka.

Untuk membuat perubahan ini, pengguna hanya perlu mengakses aplikasi Surface (yang hadir terbina pada semua Surface), dan seterusnya mengubah tetapan. Pengguna boleh membuat sehingga tiga tetapan – iaitu untuk satu-klik, dwi-klik, dan juga untuk tekan seketika. Pengguna juga boleh memilih untuk membuka aplikasi daripada Windows Store, atau perisian desktop biasa melalui pilihan yang disediakan.

Perkara ini semestinya mengembirakan lebih ramai pengguna, dan tidak lagi terhad untuk hanya satu aplikasi sahaja seperti sebelum ini. Selain pengguna Surface Pro 3, pengguna Surface 3 dan juga Surface Pro 3 turut boleh menikmati fungsi serupa.


TIPS & ULASAN