MTV TRAX Dilancarkan Di Malaysia – Memudahkan Anda Mendengar Muzik Pilihan Tanpa Internet

MTV TRAX Dilancarkan Di Malaysia – Memudahkan Anda Mendengar Muzik Pilihan Tanpa Internet

Diterbitkan pada Dis 17, 2015 oleh .

Bagi kebanyakkan peminat muzik, nama MTV mungkin bukan sesuatu yang asing. Hari ini, MTV secara rasminya telah memperkenalkan perkhidmatan mudah-alih terbaru mereka, MTV Trax untuk para pengguna Malaysia.

Melalui aplikasi MTV Trax ini, mereka menawarkan perkhidmatan muzik digital yang dihimpunkan dan dikurasi oleh pihak MTV. Melaluinya, mereka menawarkan senarai muzik yang menarik setiap hari kepada pengguna – terpilih daripada lebih 100 muzik sedia ada.

MTV Trax

MTV Trax ini juga menawarkan sokongan memainkan muzik secara offline, dimana ketika memulakan setiap hari, ia memuat-turun sejumlah lagu untuk dimainkan dan membina senarai mainan lagu yang berbeza setiap hari.

Perkhidmatan MTV Trax ini ditawarkan secara percuma dengan had sebanyak 60 lagu setiap bulan. Pengguna yang inginkan versi berbayar, mereka akan diperlukan membayar $2.99 pada iOS atau $1.70 pada Android dan Windows. Pihak MTV menawarkan akses selama 14 hari secara percuma melalui perkhidmatan mereka kepada pengguna baru – dan pengguna Digi boleh menikmati ia tanpa caj data melalui Digi Music Freedom.

Muat=Turun MTV Trax untuk Android

Muat=Turun MTV Trax untuk iPhone

Muat=Turun MTV Trax untuk Windows


TIPS & ULASAN