XOX Memperkenalkan Pelan Pascabayar Bermula RM50 Sebulan

XOX Memperkenalkan Pelan Pascabayar Bermula RM50 Sebulan

Diterbitkan pada Dis 17, 2015 oleh .

XOX merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan telekomunikasi, dan sebelum ini sekadar menawarkan perkhidmatan prabayar sahaja. Terkini, sejak daripada bulan November lepas, XOX telah menawarkan perkhidmatan pascabayar, dan kini telah pun melancarkan perkhidmatan pascabayar secara rasminya dalam beberapa pilihan pelan.

XOX Postpaid

Pelan pascabayar XOX hadir dalam tiga pilihan, bermula daripada RM50 sebulan – sehinggalah RM150 sebulan. Pakej pascabayar asas XOX hadir dengan penawaran data percuma sebanyak 1GB, panggilan ke semua talian selama 210 minit, dan 100 SMS percuma. Pengguna turut boleh menaik-taraf pelan mereka mengikut penawaran yang disediakan – bersesuaian dengan penggunaan mereka.

XOX Postpaid

XOX juga turut menawarkan beberapa insentif kepada para pelanggan mereka, termasuk jika anda membawa masuk pelanggan baru ke perkhidmatan XOX.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan pelan pascabayar XOX daripada cawangan rasmi atau laman web rasmi mereka.


TIPS & ULASAN