CIMB Akan Menamatkan Perkhidmatan ClicksShoppe Pada 16 Januari 2016

CIMB Akan Menamatkan Perkhidmatan ClicksShoppe Pada 16 Januari 2016

Diterbitkan pada Dis 17, 2015 oleh .

CIMB bermula minggu ini telah mula memaparkan mesej mengatakan perkhidmatan Clicks Shoppe mereka akan ditamatkan bermula 16 Januari 2016 kelak. Clicks Shoppe adalah kedai atas-talian terbina pada perkhidmatan CIMB Clicks, membolehkan pengguna membuat carian dan pembelian terus menggunakan akaun CIMB.

Clicks Shoppe

Melalui Clicks Shoppe, CIMB sebelum ini menawarkan kebolehan untuk membeli majalah, gajet, pakaian, beg, dan sebagainya melalui laman perbankan mereka.

Daripada mesej yang dipaparkan, CIMB mengatakan akan menamatkan perkhidmatan berkenaan sepenuhnya pada 16 Januari kelak. Namun, akses untuknya telah pun mula dipadam sedikit demi sedikit, dan kebanyakkan produk sudah tidak boleh dibeli lagi.

Perkara ini mungkin tidak menjejaskan ramai pengguna, memandangkan terdapat pelbagai kedai atas-talian pada masa kini yang sedia memudahkan proses pembayaran – termasuk seperti Lazada, 11Street dan sebagainya.


TIPS & ULASAN