Gedung MARA Digital Akan Dibuka Di Setiap Negeri Tahun Hadapan
Artikel Berkaitan

Gedung MARA Digital Akan Dibuka Di Setiap Negeri Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 17, 2015 oleh .

Gedung Mara Digital dibuka secara rasminya 8 Disember lalu dan menjadi pusat jualan barangan komputer dan peranti mudah alih khas untuk peniaga bumiputera. Sambutan terhadap gedung IT terkini ibu negara ini nampaknya amat memberangsangkan dan nampaknya konsep ini akan dilebarkan ke negeri-negeri lain di Malaysia bermula tahun hadapan.

MARA Digital

Pengumuman pembukaan gedung Mara Digital di negeri-negeri lain diumumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Kesemuanya bakal dibuka di bangunan-bangunan milik Mara yang sedia ada. Ianya diharap dapat memberikan nafas baru kepada bangunan arked Mara yang selama ini sinonim dengan penjualan baju, tekstil dan barang makanan. Ini sekaligus turut dapat membantu penyewa aked Mara yang sedia ada. Seperti di gedung Mara Digital Kuala Lumpur, insentif tiada sewa selama enam bulan juga akan diberikan kepada penyewa gedung-gedung baru ini.

Apakah pendapat anda? Adakah ini sebuah program yang dapat meningkatkan jumlah peniaga barangan IT dan peranti pintar dari kalangan bumiputera. Sekiranya anda sudah melawat “LowYat2”, apakah pendapat anda tentang premis-premis yang sudah dibuka? Anda berpuas hati dengan harga jualan yang dikenakan peniaga di sini?


TIPS & ULASAN