Robot Membantu Dalam Pembedahan Di China – Melibatkan Jahitan Pembuluh Darah

Robot Membantu Dalam Pembedahan Di China – Melibatkan Jahitan Pembuluh Darah

Diterbitkan pada Dis 17, 2015 oleh .

Dengan perkembangan arena robotik, salah satu arena yang turut menjadi sasaran ramai pihak adalah perubatan dan juga pembedahan. Terkini, di China, sebuah hospital mengumumkan mereka telah melakukan pembedahan robotik – yang mana pada kali pertama di dunia, robot membantu dalam jahitan pembuluh darah.

Robot Veil

Pembedahan yang dilakukan ini melibatkan pesakit dengan kanser pankreas, dimana bantuan robot digunakan ketika ia ditemui vena portal yang dihubungkan ke pankreas terpaksa dibuang. Ia adalah agak sukar untuk menggantikan vena portal dengan pembuluh buatan tanpa melibatkan pendarahan yang tinggi.

Untuk tujuan tersebut, sebuah robot yang dikawal oleh doktor telah digunakan, dimana satu tangan robotik digunakan untuk memegang pembuluh darah, sementara satu lagi membantu dalam menjahitnya.

Penggunaan bantuan robot ini dilihat lebih mempercepatkan proses baik-kembali berbanding kebiasaan.

Pada masa akan datang, kita mungkin akan melihat penggunaan robot yang dikawal doktor ini lebih meluas – apatah lagi dengan pelabuan beberapa syarikat teknologi dalam arena sama – termasuk oleh Google.


TIPS & ULASAN