Kerajaan Mungkin Membenarkan Uber Dan Grabcar – Memerlukan Mereka Mengikut Peraturan Ditetapkan

Kerajaan Mungkin Membenarkan Uber Dan Grabcar – Memerlukan Mereka Mengikut Peraturan Ditetapkan

Diterbitkan pada Dis 17, 2015 oleh .

Sejak kebelakangan ini, beberapa pihak telah meminta kerajaan untuk mengharamkan perkhidmatan Uber dan GrabCar. Untuknya, kerajaan telah mula melakukan kajian sebelum ini, dan mereka dijangka mengumumkan keputusan serta formula berkaitan dengan Uber dan Grabcar ini tidak lama lagi.

Bercakap mengenainya. kerajaan mengatakan pihak Uber dan Grabcar akan diperlukan untuk mendaftar pemandu mereka, mendapatkan lesen PSV (Public Service Vehicle), melalui semakan kenderaan di Puspakom, dan mendapatkan insuran khusus untuk penumpang.

Kerajaan dikatakan memilih untuk tidak menghalang akses Uber dan Grabcar di Malaysia, memandangkan perkhidmatan berkenaan agak popular dikalangan pengguna – terutamanya generasi muda.

Pada masa yang sama, dalam membantu pemandu teksi, kerajaan akan mengurangkan kos opeasi teksi – sebagai contoh menjadikan semakan kenderaan hanya setahun sekali sahaja dan bukan setiap enam bulan.

SPAD dijangka memperkenalkan sistem baru dinamakan “mini-teksi” sebaik sahaja pelbagai perbincangan dalaman untuk menangani masalah Uber dan Grabcar ini.


TIPS & ULASAN