Carian
Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Bateri Yang Bertahan Lebih Lama
December 17, 2015 Aman

Sony merupakan salah satu pengeluar peranti yang menawarkan masa penggunaan bateri yang lama – sehingga 2 hari pada telefon pintar utama mereka seperti Xperia Z3 atau Xperia Z5. Walaupun penawaran mereka adalah baik berbanding dengan pesaing mereka lain di pasaran, ia tidak hentikan pihak Sony terus memfokuskan inovasi dalam arena bateri.

Sony-Xperia-Z5-1-000

Terkini, menurut laporan pihak Nikkei, Sony dikatakan sedang mengusahakan bateri jenis baru yang mampu bertahan lebih 40% lama berbanding bateri lithium pada hari ini. Sony dikatakan menggunakan bahan berasaskan sulfur untuk teknologi bateri baru mereka ini. Melalui penggunaan sulfur, ia boleh menyimpan lebih banyak tenaga melaluinya – sekaligus menawarkan masa penggunaan yang lebih lama.

Idea menggunakan bateri berasaskan sulfur telah diketengahkan sebelum ini, namun ia tidak diaplikasikan kerana tenaga yang disimpan oleh bateri berasaskannya semakin berkurangan dari hari ke hari. Perkara ini berlaku kerana elektrod hilang ke dalam elektrolit.

Sony mungkin telah mempunyai penyelesaian untuknya, dan kini dilaporkan sedang mengujinya. Jika semuanya berjalan lancar, Sony mungkin memperkenalkan teknologi baru mereka ini seawal 2020 kelak.

Komen