Razer Memperkenalkan Gamecaster Untuk Memudahkan Anda Membuat Penstriman Permainan

Razer Memperkenalkan Gamecaster Untuk Memudahkan Anda Membuat Penstriman Permainan

Diterbitkan pada Dis 17, 2015 oleh .

Razer hari ini telah memperkenalkan perisian terbaru mereka untuk para peminat permainan video, iaitu Razer Cortex : Gamecaster. Menggunakannya, ia membolehkan para pengguna untuk membuat penstriman permainan daripada komputer terus ke YouTube Live, Twitch dan sebagainya.

Razer Gamecaster

Gamecaster hadir diintegrasikan dengan perisian Razer Cortex, dan versi percuma membolehkan pengguna membuat penstriman tanpa sebarang watermark sehingga pada resolusi 720p, dan pada kadar 30fps. Pengguna turut boleh membuat langganan untuk menikmati beberapa ciri-ciri tambahan termasuk sokongan sehingga 1080p, menyokong perbualan pada Twitch, dan beberapa perubahan lain. Razer memudahkan proses membuat penstriman, dan tidak sukar seperti beberapa yang lain.

Gamecaster ini hanya ditawarkan dalam bentuk beta tertutup buat masa ini, dan pihak Razer mengatakan mereka bakal melancarkannya untuk semua sekitar 28 Januari 2016 kelak.

Bagi anda yang berminat boleh mendaftarkan diri untuk menyertai Gamecaster, sebelum ia dilancarkan secara rasminya sekitar penghujung Januari 2016 kelak.

Daftar : Razer Gamecaster Beta


TIPS & ULASAN