Adobe Post Diperkenalkan – Memudahkan Anda Menambah Teks Pada Gambar Untuk Perkongsian Sosial

Adobe Post Diperkenalkan – Memudahkan Anda Menambah Teks Pada Gambar Untuk Perkongsian Sosial

Diterbitkan pada Dis 18, 2015 oleh .

Adobe hari ini telah memperkenalkan salah satu aplikasi baru mereka, dinamakan sebagai Adobe Post, dan ditawarkan untuk pengguna iOS terlebih dahulu. Melalui aplikasi ini, ia memudahkan pengguna untuk menambah teks pada gambar dengan mudah.

Adobe Post

Menggunakan Adobe Post, ia memudahkan proses pengguna menambah teks yang kelihatan profesional pada gambar mereka, sebelum dikongsikan pada laman sosial. Penambahan teks pada gambar telah menjadi salah satu trend – terutamanya untuk perkongsian di laman-laman sosial seperti gambar yang mengandungi teks ucapan dari seseorang, kata-kata pujangga dan sebagainya.

Aplikasi Adobe Post ini ditawarkan untuk pengguna iOS sahaja buat masa ini, dan beberapa pra-tetapan disediakan untuk memudahkan sesiapa sahaja hadir dengan rekaan gambar yang profesional menggunakan hanya telefon pintar Apple mereka.

Muat-Turun Adobe Post untuk iPhone


TIPS & ULASAN