Tahun lalu Razer melancarkan pembesar suara Soundbar Leviathan yang menyokong audio Dolby 5.1. Hari ini mereka melancarkan pembesar suara Bluetooth Leviathan Mini yang dicipta khas bagi mereka yang memerlukan pembesar suara yang mudah dibawa kemana-mana. Leviathan Mini dilengkapi dengan dua pembesar suara dan menyokong sistem audio.Ia boleh ditambat kepada peranti menggunakan Bluetooth 4.1 serta sokongan NFC.
Menurut Razer pembesar suara kompak ini boleh berfungsi selama 10 jam sebelum bateri sebesar 2600 mAh yang digunakan perlu dicas semula. Masa pengecasan pula adalah sekitar 2 jam. Selain berfungsi sebagai pembesar suara, Leviathan Mini juga boleh digunakan untuk melakukan panggilan telefon melalui pembesar suara. Ianya akan mula dijual Januari tahun hadapan dengan harga jualan $179.99 (~RM 773) sebuah.