Microsoft mempunyai sejumlah besar senarai aplikasi untuk para pengguna Android – terdiri daripada launcher, Office, OneDrive, Skype, dan puluhan lagi yang lain. Kini, dalam usaha memudahkan pengguna menemui aplikasi Microsoft, mereka turut memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Microsoft Apps.
Microsoft Apps untuk Android ini secara tidak langsung berfungsi seumpama kedai-aplikasi Microsoft untuk Android. Melaluinya, pengguna boleh mengetahui aplikasi apa yang telah dipasang oleh mereka, selain pada masa yang sama menemui aplikasi baru yang sedang popular.
Melalui halaman Google Play Store untuk Microsoft Apps ini, pihak Microsoft turut mengatakan mereka akan menawarkan lebih banyak fungsi baru pada aplikasi ini tidak lama lagi.
Bagi anda yang meminati produk Microsoft, anda boleh memuat-turun aplikasi Microsoft Apps ini untuk Android hari ini.
- Muat-Turun Microsoft Apps untuk Android