Kemaskini Windows 10 Mobile Pada Peranti Lama Ditangguhkan Ke Tahun Hadapan

Kemaskini Windows 10 Mobile Pada Peranti Lama Ditangguhkan Ke Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 18, 2015 oleh .

Oktober lalu Microsoft mengumumkan kemas kini ke Windows 10 Mobile akan mula diterima peranti-peranti lama pada bulan ini. Kita sudah berada di pertengahan Disember dan kemas kini ini masih belum muncul. Hari ini Microsoft mengesahkan kemas kini ini ditangguhkan ke awal tahun hadapan. Tarikh muktamad tidak pula diumumkan. Sebelum ini pada bulan Ogos mereka menyenaraikan beberapa peranti lama yang akan menerima kemas kini ini.

Windows 10 Malaysia

Peranti tersebut adalah Lumia 930, Lumia 830, Lumia 735, Lumia 640 XL, Lumia 640, Lumia 540, Lumia 535, Lumia 532, Lumia 435 dan juga Lumia 430.Sungguhpun kesemua peranti ini akan menerima Windows 10 Mobile, fungsi paling menarik sistem operasi ini iaitu Continuum tidak akan disokong. Hanya peranti dengan pemproses Snapdragon 810 dan 808 mampu menggunakan fungsi ini kerana ia memerlukan kuasa memproses yang tinggi.

 


TIPS & ULASAN