Cari @ Amanz

Pada tahun ini, kita menyaksikan syarikat teknologi memfokuskan kepada dua industri baru iaitu perubatan dan juga automotif. Pelbagai syarikat membuat pelaburan dalam pembangunan teknologi automotif, disamping beberapa syarikat yang membuat pelaburan dalam arena bioteknologi dan perubatan.

Pihak Samsung sedia mempunyai bahagian bioteknologi tersendiri yang telah beroperasi sejak beberapa tahun lepas. Namun, untuk tahun-tahun akan datang, Samsung dijangka membuat lebih pelaburan dalam arena berkenaan untuk terus bersaing dengan sihat dalam arena tersebut.

Samsung Biologics

Samsung pada hari ini sedia membangunkan dan mengeluarkan ubat untuk beberapa syarikat farmasi terkemuka, sementara bahagian kajian mereka sedang menantikan pengesahan daripada pihak berkuasa untuk membuat replika ubat yang akan tamat paten tidak lama lagi. Berbanding hanya mengeluarkan ubat yang biasa, Samsung BioLogics mengeluarkan ubatan yang lebih kompleks untuk mengubati penyakit yang lebih sukar seperti kanser.

Samsung pada hari ini mempunyai kontrak pengeluaran ubat daripada beberapa syarikat terkemuka, dan menjelang tahun 2019 kelak, mereka menyasarkan untuk menjadi syarikat kontrak untuk pengeluaran ubat yang paling besar didunia jikalau dibandingkan dari segi kapasiti. Perkara ini sekaligus menjadikan Samsung antara pengeluar yang terkemuka dalam pelbagai arena – bukan sekadar cip pemprosesan, skrin, peranti, automotif dan lain-lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd